Tauke Sambal Nyet menasihatkan golongan muda yang menceburi bidangnya sebagai pempengaruh media sosial agar menamatkan pelajaran terlebih dahulu bagi mencapai upaya mencipta kandungan yang berkualiti.
Khairul Amin Kamarulzaman, 31, yang mengungguli kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 semalam berkata, pencipta kandungan bukan hanya perlu tular di media sosial, malah perlu dihiasi adab dan kemampuan mengatasi masalah.
"Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya apabila tamat, boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.
"Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah," katanya yang dipetik dari media.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Khairul Aming itu menewaskan lima pencabar lain iaitu Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).
TikTok Awards Malaysia 2023 yang disiarkan secara langsung TV3 dan akaun TikTok Malaysia dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - MyMalaysia
Comments
Post a Comment